PKG KANGAR

Pemangkin Teknologi Bestari

15.6.09

PESTA BUKU PERLIS 2009

Posted by PKG KANGAR |


Pesta Buku Perlis 2009 merupakan pesta kali ketujuh yang akan diadakan di Dewan SJKC Khoon Aik, Kangar, Perlis. Pesta ini akan berlangsung selama 7 hari bermula dari 23 Jun 2009 hingga 29 Jun 2009 dan akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perlis. Pesta Buku Perlis 2009 dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Perlis dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis dan disokong oleh Kerajaan Negeri Perlis. Badan Kebajikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis dilantik sebagai pengurus acara untuk pesta ini. Penaja Utama pesta ini adalah HPA Industries dan ES Exhibition.

Pihak penganjur akan menyediakan sebanyak 54 buah ruang pameran (booth).Pelbagai jenis buku dalam Bahasa Melayu,Inggeris dan lain-lain bahasa juga barangan IT dan program-program pendidikan untuk semua peringkat dari pelbagai penerbit dan syarikat akan dipamer dan dijual kepada pengunjung.

Selain pameran buku, pihak penganjur akan mengatur beberapa aktiviti sampingan oleh pelajar sekolah bagi memeriahkan lagi sambutan pesta ini.

Berdasarkan rekod sambutan pengunjung pada tahun-tahun sebelum, tahun 2009 ini pihak penganjur menjangkakan lebih dari 30,000.00 pengunjung akan melawat pesta ini.Beberapa sesi pengiklanan akan dijalankan oleh pihak penganjur seperti hebahan ke seluruh sekolah Perlis, masjid, jabatan-jabatan kerajaan dan lain-lain. Hebahan melalui radio juga akan dijalankan bagi membantu memeriahkan lagi kunjungan ke pesta ini.

15.6.09

PENGISIAN DATA ONLINE SSQS

Posted by PKG KANGAR |

Kutipan data kedua SPPICTS akan bermula mulai 1 Julai 2009. Sehubungan dengan itu, semua sekolah perlu mengemaskini/memasukkan data berkaitaitan melalui URL berikut : http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php

Penilaian ini adalah untuk Penarafan Tahap Pembudayaan Teknologi Sekolah. Kerjasama sekolah amatlah dipohon untuk memberikan data yang 'valid' dalam mengisi semua item yang berkaitan yang diperlukan. Data-data yang diisi akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merancang dan menilai program yang telah, sedang dan akan dijalankan.

29.4.09

ANUGERAH INOVASI GURU TMK KEBANGSAAN 2009

Posted by PKG KANGAR |



Pada 2 April 2009, sesi penghakiman untuk pemilihan peringkat akhir Anugerah Inovasi Guru dan Pemimpin TMK Peringkat Kebangsaan 2009 telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sena, Kangar.

Ustazah Muainah telah membanggakan kita semua warga pendidikan negeri Perlis amnya dan kawasan Kangar khasnya kerana telah terpilih untuk dinilai bagi peringkat akhir ( 5 orang calon) untuk anugerah berkenaan. Inovasi beliau adalah 'Belajar Bahasa Arab Melalui TMK'.

14.4.09

PELAPORAN MASALAH/PENYELENGARAAN ICT DALAM TALIAN

Posted by PKG KANGAR |



Semua sekolah di negeri Perlis boleh melaporkan semua masalah berkaitan kerosakan dan lain-lain yang berkaitan masalah inisiatif ICT secara dalam talian melalui sistem Support Ticketing System (STS).

Sila pastikan pihak tuan mengisi REGISTRATION SERIAL NO. (eg:KEW ......)Pilih kategori masalah dan nyatakan masalah utama yang di hadapi. Sila rujuk maklumat berkaitan seperti format di atas.

Pihak kami akan menghubungi pihak sekolah dengan seberapa segera untuk membantu pihak tuan. Untuk sebarang masalah berkaitan atau keterangan lanjut, sila hubungi 04-9761761 (PKG Kangar).

Kesabaran dan kerjasama pihak sekolah amatlah dihargai.

18.3.09

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN 2009

Posted by PKG KANGAR |

Mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan PKG Kali 1/2009 telah diadakan pada 10 Mac 2009. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Aminuddin b. Mustafa, Pengetua SMK Dato, Ali Ahmad turut dihadiri oleh Pemangku Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis, En. Ahmad Zahir bin Saad.

Antara lain, mesyuarat pada kali ini membincangkan menerima laporan aktiviti PKG dan membantu dalam perancangan aktiviti PKG seterusnya bagi tahun 2009.

17.2.09

Penyelenggaraan ICT 2009

Posted by PKG KANGAR |


Kepada sekolah yang mengalami kerosakan peralatan ICT ini berita baik kepada anda. Pihak KPM telah meluluskan tender untuk CM (Corrective Maintanance) ke atas peralatan ICT untuk tahun 2009 bernilai RM 18 Juta melalui kontraktor yang dipilihnya.

Untuk tujuan tersebut laporan kerosakan akan dilakukan melalui sistem online iaitu STS (Support Ticket System) melalui pihak PKG dan BTPN. (lepas nie selalu-selalulah hubungi PKG) Sistem ini akan beroperasi pada bulan Mac 2009. (akan diberi taklimat).

Walaubagaimanapun peruntukan ini terhad kepada Sekolah, IPG, PPD dan Jabatan. Manakala sekolah jenis PTJ tidak layak mendapat faedah dibawah kontak ini (Sekolah jenis SBP, Sekolah Pendidikan Khas, Sekolah Cluster dan Sekolah Bestari (2009))

Satu lagi … Hanya 30 % kerosakan peralatan ICT yang akan dibaiki dibawah peruntukan ini memandangkan hanya RM1.4 Juta sahaja diperuntukkan kepada Perlis dan ianya pasti tidak mencukupi...

Sumber ::http://pkg-petaling.net/v1/2009/02/14/selenggara-ict-2009/

15.2.09

PKG Sebagai Help Desk Support

Posted by PKG KANGAR |



Pada 16 Februari 2009, PKG telah mendapat input dan makluman daripada BTPN Perlis hasil daripada Mesyuarat Penyelarasan Meja Bantuan Inisiatif ICT agar bertindak memberikan Perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 kepada sekolah-sekolah dalam kelompok PKG.

PKG akan menerima aduan dan direkodkan di dalam Support Ticketing System (STS). Aduan hendaklah diberikan melalui STS dan direkodkan no. aduan oleh sistem.

Walau bagaimanapun, perkara ini masih dalam proses pelaksanaan. Taklimat kepada sekolah akan diberikan setelah mendapat arahan BTP.

Subscribe